No comments yet

KOPERASI MASJID AL HASANAH BANGI BERHAD

MATLAMAT  PENUBUHAN KOPERASI

1.MENGUMPUL DANA UNTUK DISUMBANGKAN SEBAGAI AMAL JARIAH KEPADA MASJID AL HASANAH DAN ORGANISASI LAIN YANG AKAN DITETAPKAN (SAHAM AKHIRAT)
2.MENINGKATKAN  PENGUASAAN EKONOMI ANGGOTA KOPERASI
3.  MEMBERI BIMBINGAN PENGUASAAN ILMU YANG AKAN MEMBERI MANFAAT KEPADA SEMUA ANGGOTA KOPERASI DAN SELURUH UMMAH

FUNGSI KOPERASI 

MENJANA DANA DAN MEMBANGUNKAN KESEJAHTERAAN UMMAH MELALUI AKTIVITI PERNIAGAAN (TIADA PINJAMAN KEPADA AHLI KOPERASI)

RANCANGAN PERNIAGAAN

KEUTAMAAN PERNIAGAAN

1.  MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN SEPERTI PEMBERSIHAN DAN SENGGARAAN MASJID,  PENYEDIAAN SAJIAN UNTUK AKTIVITI MASJID DAN LUAR MASJID, CUCI KERETA, INSURAN, MAJLIS PERKAHWINAN DI MASJID DLL
2.  MENYEDIAKAN AKTIVITI BINA INSAN SEPERTI PROGRAM TWINNING DENGAN IPTA/IPTS UNTUK PERINGKAT DIPLOMA, KURSUS KEUSAHAWANAN, KURSUS PERKAHWINAN, KEM REMAJA DLL
3.  MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN PEMBEKALAN MELALUI TENDER
4.  PEMBINAAN PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DI KOMPLEKS MASJID ALHASANAH UNTUK PEJABAT KOPERASI, KEDAI AL-HASANAH, PUSAT DIALISIS, KLINIK KESIHATAN DAN KEDAI DOBI
5.  PEMBELIAN RUMAH KEDAI UNTUK DISEWAKAN ATAU DIJUAL SEMULA APABILA HARGA TELAH MENINGKAT
6.  PEMBELIAN/PENYEWAAN KILANG UNTUK PEMBUNGKUSAN BERAS, MINYAK MASAK DAN AIR MINUMAN
7.  PEMBELIAN /PENYEWAAN KILANG UNTUK PENGILANGAN ALAT GANTI KENDERAAN DLL

Post a comment