OBJEKTIF PENUBUHAN 

Mengukuhkan kepentingan ekonomi anggota koperasi Masjid al-Hasanah melalui aktiviti perniagaan mengikut prinsip koperasi.

MATLAMAT PENUBUHAN KOPERASI

1. Mengumpul dana untuk disumbangkan sebagai amal jariah kepada Masjid al-Hasanah dan organisasi lain yang akan ditetapkan (saham akhirat).
2. Meningkatkan penguasaan ekonomi anggota koperasi
3. Memberi bimbingan penguasaan ilmu yang akan memberi manfaat kepada semua anggota koperasi dan seluruh
ummah.

FUNGSI KOPERASI

Menjana dana dan membangunkan kesejahteraan ummah melalui aktiviti perniagaan
(tiada pinjaman kepada ahli koperasi).

RANCANGAN PERNIAGAAN (1)

KEUTAMAAN PERNIAGAAN (1):
1. Menyediakan perkhidmatan seperti pembersihan dan penyelenggaraan masjid, penyedian sajian untuk aktiviti masjid     dan luar masjid, cuci kereta, insurans, majlis perkahwinan di masjid dan lain-lain.
2. Menyediakan aktiviti bina insan seperti program twinning dengan IPTA/IPTS untuk peringkat diploma, kursus
keusahawanan, kursus perkahwinan, kem remaja dan lain-lain.
3. Menyediakan perkhidmatan pembekalan melalui tender.
4. Pembinaan pusat khidmat masyarakat di kompleks Masjid al-Hasanah untuk pejabat koperasi, kedai al-Hasanah,
pusat dialisis, klinik kesihatan dan dobi.
5. Pembelian rumah kedai untuk disewakan atau dijual semula apabila harga telah meningkat.
6. Pembelian/penyewaan kilang untuk pembungkusan beras, minyak masak dan air minuman.
7. Pembelian/penyewaan kilang untuk pengilangan alat ganti kenderaan dan lain-lain.

 

SASARAN KOPERASI MASJID AL HASANAH BANGI BERHAD 2016
1.Meningkatkan jumlah anggota bersaham daripada 471 kepada 600 anggota.
2.Meningkatkan jumlah dana terkumpul melalui pemilikan saham daripada RM325,066.00 kepada RM500,000.00.
3. Bangunan pejabat koperasi dan kedai farmasi dibangunkan, perancangan pusat dialisis lengkap.
4. Meningkatkan jumlah pengguna “One Stop Centre” dari 10% kepada 20%.
5. Mengumpul keuntungan bersih RM53,600.00.

MANFAAT MENJADI AHLI KOPERASI

1.Menjana saham akhirat melalui sumbangan tahunan amal jariah koperasi.
2.Menjana keuntungan dari pemilikan syer koperasi.
3.Meningkatkan ilmu dunia akhirat melalui Program Bina Insan anjuran koperasi.
4.Peluang perniagaan dibawah naungan koperasi.
5.Menikmati harga barangan dan perkhidmatan perubatan dengan harga yang lebih rendah.
6.Dan….. banyak lagi.

 

MARILAH MENJADI AHLI KOPERASI

1.Hubungi mana-mana AJK.
2.Pendaftaran RM 10.00
3.Yuran tahunan RM 100.00
4.Saham minimum RM 200.00, Maksimum RM 50,000.00
5.Kempen mendapatkan ahli baru akan dibuat surau ke surau, pusat membeli belah dan menggunakan teknik
pendekatan individu seperti SMS, Email dan sebagainya.
6.Borang boleh didapati di pejabat masjid al-Hasanah.

KOPERASI MASJID AL HASANAH BANGI BERHAD
(No Pendaftaran : B – 3 – 1003)
Masjid Al Hasanah, Seksyen 9
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan
Tel : 013 336 2700 Tel/Faks: 03 8927 4222
Emel: kopalhasanah@gmail.com

LAMAN WEB: www.koperasimasjidalhasanah.com